Followers

Wednesday, February 29, 2012

Travelog Jakarta - Bandung ( v ) - Hari terakhir di Jakarta

Hari terakhir di Jakarta. Kami pusing lagi Tanah Abang bagi memuaskan hati. Kot ada barang yang masih mahu dibeli sebelum meninggalkan Kota Jakarta. Jam 11.30 pagi kami akan menuju ke Kota Bandung pula dengan menaiki tren Agro Parahyangan. Perjalanan untuk ke Stasiun Gambir agak mencabar. Terpaksa memilih untuk ketinggalan keretapi ataupun tidak. Disebabkan tidak mahu ada masalah lain terjadi, kami bertawakal kepada Allah untuk menjaga kami sepanjang perjalan ke Stasiun Gambir dengan menaiki ojek. Ya, membonceng motosikal ala-ala rxz dengan beg seberat 10 kilo di pangkuan.  Alhamdulillah kami beretemu dengan orang yang jujur dan amanah lalu kami selamat sampai di Stasiun Gambir sebelum tren berlepas. 

Ada banyak kaedah untuk ke Bandung dari kota Jakarta. Menaiki kereta sewa menggunakan kos yang tinggi. Menaiki shuttle juga merupakan salah satu pilihan yang ada. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan shuttle adalah Citi Trans, X-trans dan Day Trans. Harganya pun agak berpatutan.

Tapi kami memilih untuk menaiki tren eksekutif. Harga yang murah, selesa dan sepanjang perjalanan 3 jam, kita disajikan dengan panorama yang indah dan tidak jemu mata memandang. Dapat melihat sisi yang berbeza kota Jakarta dan daerah-daerah yang dilalui membuka mata tentang kehidupan di negara itu.

Selamat tinggal kota jakarta, semoga bersua kembali...

0 Products: