Followers

Wednesday, February 15, 2012

Corat coret

Kunci kegagalan.
Kamu tahu, bukan senang nak jadi senang. Lebih susah nak senangkan hati orang sekeliling. Orang kata, kunci kepada kegagalan ialah dengan cuba memuaskan hati orang sekeliling. Ramai yang kata, kita kena pentingkan diri sendiri dulu. Kalau kamu suka A, kamu berusaha ke arah A. Kalau kamu suka B, kamu bergerak ke arah B. Kamu akan gagal bila kamu suka A tetapi sebab nak puaskan hati orang lain yang suka kamu ke B, lalu kamu cuba untuk memuaskan hati mereka dengan bergerak ke arah B. Maka kamu sedang menuju ke arah kegagalan. Mungkin kamu gagal untuk capai B dan mungkin juga kamu akan sengsara dan tidak bahagia dengan perjalanan kamu.

Berani Berubah.
Tahun 2012, saya mengambil satu tindakan drastik. Sebagai seorang pemegang Ijazah Sains Kimia daripada universiti terkemuka negara, saya meletakkan jawatan sebagai QA Exec di sebuah syarikat bertaraf ISO serta menjalankan perniagaan di peringkat global. Lalu saya menceburkan diri secara serius dalam bidang perniagaan bakeri yang mana saya tidak pernah menjalani latihan khusus secara formal. Ya, saya ambil risiko itu. Kenapa? Sedang ramai graduan yang masih menganggur lalu mengalami tekanan perasaan akibat tidak mendapat pekerjaan, saya dengan mudahnya melepaskan jawatan saya? 

Perubahan. Itu yang saya mahu. Itu yang saya cari. Saya tidak mahu selamanya berada di situ melakukan kerja-kerja rutin. Lalu saya menjebakkan diri dalam bidang ini. Perniagaan sendiri. Bukan mudah untuk berjaya.  Tetapi tidak mustahil bukan? kerana sudah dijanjikan 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan..

Bangga.
Saya tidak pasti tindakan drastik yang saya ambil boleh dijadikan kebanggaan. Yang pasti, saya bukan lagi anak kebanggaan emak. Siapa sangka, dahulunya pelajar cemerlang kini menjadi saudagar kek? Ibu bapa tipikal. Ibu bapa mana yang bangga dengan pencapaian anak seperti saya? Saya bagaimana? Boleh berbangga dengan tindakan sendiri?

Alhamdulillah. Masih berasa sedikit waswas dengan tindakan tetapi saya bangga. Kerana saya berani membuat keputusan. Sebab saya tahu yangs saya tidak akan maju dengan kedudukan saya sebelum ini. Kerana saya tahu ramai lagi sahabat yang terpaksa berterusan menanggung siksa kerana tidak berani mengambil risiko seperti saya. Riak? Maaf, saya bukan riak, saya hanya bangga.

InsyaAllah, satu hari nanti pencapaian saya boleh dibanggakan.

Perunding Takaful.
Satu lagi rencana Allah yang Maha Besar. Subhanallah. Sesungguhnya kita ini insan kerdil, di mana kita hanya merancang tetapi ketetapan dan ketentuan terletak di bawah kuasaNYA.

Satu masa dahulu, saya tidak pernah mengambil tahu tentang perancangan kewangan, insurans dan sebagainya. Apatah lagi tidak pernah terlintas di fkiran yang saya akan terjebak dalam bidang ini. Rencana Ilahi siapa yang tahu. DIA mempertemukan saya dengan insan-insan hebat.  Bidang ini telah banyak merubah saya. Pergaulan, motivasi diri dan yang lebih penting adalah sudut pandangan saya. Saya cuba untuk mencintai bidang ini dengan lebih mendalam dan lebih fokus.

Penutup.
Jika difikirkan penilaian umum terhadap saya, maka sayalah insan yang paling tidak berjaya di mata semua. Kerana saya tidak berpangkat besar, belum bergaji besar malahan ke hulu dan ke hilir demi membangunkan perniagaan saya. Tapi, di dalam diri, ini adalah apa yang saya mahu lakukan dan ini yang menggembirakan hati saya. Semoga najah dalam perjuangan ini!

0 Products: